Selamat Datang Ke Website Koperasi PTSS

Koperasi Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Berhad adalah sebuah koperasi yang ditubuhkan untuk memenuhi keperluan dan meningkatkan kesejahteraan anggota kami, terutamanya pelajar dan staf politeknik. Dengan prinsip kerjasama dan keadilan, kami berkomitmen untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan dan produk yang berkualiti, serta menyokong pembangunan akademik dan sosial komuniti kami.

LATAR BELAKANG

Berikut adalah latar belakang Koperasi PTSS

Koperasi Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis Berhad adalah sebuah pertubuhan yang didaftarkan dibawah ordinan Koperasi Malaysia Bil. 33 tahun 1948. Ia didaftarkan pada 24 November 2004 dengan nama Koperasi Politeknik Perlis Berhad. Pada 04 Februari 2009 ia telah ditukar nama kepada Koperasi Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis Berhad menggunakan no. Pendaftaran R-2-0081.

  • NAMA ASAL: KOPERASI POLITEKNIK PERLIS BERHAD
  • NAMA BARU: POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN PERLIS BERHAD
  • TARIKH PENDAFTARAN: 2004-11-24
  • NO PENDAFTARAN SSM: R-2-0081
  • KEANGGOTAAN: PELAJAR DAN KAKITANGAN POLITEKNIK

CAWANGAN KOPERASI

Terdapat dua cawangan Koperasi PTSS iaitu:

COOP MART

COOP MART

D'PUTRA MART

D'PUTRA MART